Ahad | 20/09/2026 | 9:45:31 pm
HomeJenayahLelaki bogel di tepi jalan diberkas, tular di media sosial

Lelaki bogel di tepi jalan diberkas, tular di media sosial

KLUANG – Seorang lelaki diberkas selepas dipercayai berkelakuan tidak senonoh dengan berbogel di tepi Jalan Mengkibol di sini sehingga tular di media sosial sejak Selasa lalu.

RINGKASAN BERITA
  • Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd.
  • Noh berkata, lelaki berusia 50 tahun itu dikesan tidak berpakaian di tepi jalan kira-kira pukul 7 malam sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam.
  • Menurut beliau, bertindak atas maklumat awam, pihak polis berjaya menahan suspek di Taman Sunrise Park, Kluang pada pukul 4 petang semalam.
  • Kes berkenaan kini dalam siasatan dan polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan kandungan tidak senonoh yang boleh mengganggu ketenteraman awam. - MYBERITA
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, lelaki berusia 50 tahun itu dikesan tidak berpakaian di tepi jalan kira-kira pukul 7 malam sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat awam, pihak polis berjaya menahan suspek di Taman Sunrise Park, Kluang pada pukul 4 petang semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun sekiranya sabit kesalahan. Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes berkenaan kini dalam siasatan dan polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan kandungan tidak senonoh yang boleh mengganggu ketenteraman awam. – MYBERITA

– MYBERITA

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 20 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|