Tak sempat berbuka dengan ibu, Y15 rempuh Bezza masuk simpang mengejut… gigi patah, terima tujuh jahitan di bibir

KONGSI

AMPANG – Seorang pemuda yang berniaga jus tembikai di bazar Ramadan berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa bersama ibunya di Taman Bukit Indah, di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Muhammad Iskandar, 20, dilaporkan baru sahaja mengemas gerai lebih awal sebelum pulang dari bazar Ramadan bagi berbuka puasa di rumah.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menikmati juadah berbuka bersama ibu tidak kesampaian apabila motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN