Kes pijak al-Quran, MCMC kesan pemilik akaun media sosial ‘Dickie Borneo’

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap individu yang memaparkan visual memijak al-Quran di platform media sosial Threads dan Facebook.

Menurut kenyataan MCMC, hantaran asal dipercayai dipadam dan akaun yang menggunakan nama Dickie Borneo gagal dikesan.

Pemantauan lanjut juga mengenal pasti beberapa hantaran lain yang mengandungi unsur penghinaan agama, dipercayai melibatkan individu sama dalam kumpulan media sosial.

“Semua kandungan berkaitan telah dipelihara sebagai bahan bukti untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. MCMC sedang bekerjasama dengan platform media sosial bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun untuk mengenal pasti individu terlibat,” kata MCMC.

Selain itu, MCMC turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan tindakan tegas dan segera diambil.

Perbuatan tersebut bukan sahaja menghina agama Islam, malah berpotensi mencetuskan ketegangan serta menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula kandungan yang boleh menimbulkan ketegangan atau menjejaskan ketenteraman awam.

MCMC menegaskan bahawa tindakan tegas boleh dikenakan di bawah undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang menghina agama, menghasut kebencian, atau menyentuh sensitiviti kaum, agama, dan institusi diraja. – MYBERITA

BACA JUGA:  Tular aksi bahaya wanita pandu lawan arus, ditahan polis
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...