Serangan jantung ragut nyawa pekerja UPSI

TANJONG MALIM – Seorang pekerja pembersihan lelaki di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sports Bowl disahkan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung secara tiba-tiba awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Khalid Mohamad berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 1.57 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berada di lokasi, manakala mangsa berusia 53 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik utiliti.

“Usaha bantuan pernafasan telah diberikan oleh petugas perubatan selama kira-kira 15 minit, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.23 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat. Punca kematian disahkan akibat serangan jantung secara tiba-tiba (sudden cardiac arrest),” ujarnya.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah terlibat. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa. – MYBERITA

BACA JUGA:  IKON WWE, Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...