Tun Dr Mahathir akui tak lagi mampu kawal kaki sepenuhnya

KONGSI

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan beliau kini tidak lagi mempunyai kawalan penuh terhadap kakinya selepas mengalami kemalangan jatuh pada Januari lalu.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku ketika sedang bersenam di kediamannya di The Mines sebelum secara tiba-tiba kehilangan kawalan kaki dan terjatuh.

“Saya hilang kawalan kaki sebelum terjatuh. Ia menyebabkan tulang pinggul dan sendi patah, selain kepala turut tercedera,” katanya menerusi satu perkongsian video di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN