Tiada lagi caj RM1! Pengeluaran tunai ATM semua bank kini percuma mulai 1 Julai

KONGSI

KUALA LUMPUR – Pelanggan bank di seluruh negara bakal menikmati pengeluaran wang tunai tanpa caj RM1 di semua mesin teler automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) bermula 1 Julai depan.

Berita gembira itu diumumkan menerusi kenyataan bersama Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

Menurut kenyataan tersebut, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara tanpa mengira bank pengeluar kad masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN