Jumaat, Jun 19, 2026
spot_img
HomePIALA DUNIA 2026Gangguan strim RTMKlik cetus kekecewaan penonton Perancis, Senegal

Gangguan strim RTMKlik cetus kekecewaan penonton Perancis, Senegal

KUALA LUMPUR – Gangguan teknikal pada platform penstriman RTMKlik awal pagi tadi menjejaskan pengalaman jutaan penonton yang ingin menyaksikan aksi antara Perancis dan Senegal dalam saingan Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung.

Kira-kira jam 3.30 pagi, pengguna melaporkan siaran perlawanan gagal diakses apabila skrin memaparkan mesej ‘Tiada Sorotan’ serta ‘Error HTTP 503’, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kestabilan platform ketika trafik tinggi.

View on Threads

Gangguan tersebut turut mencetuskan rungutan meluas di media sosial apabila ramai peminat meluahkan kekecewaan kerana terlepas detik penting perlawanan yang dianggap antara tumpuan utama kejohanan.

Lebih membimbangkan, beberapa kandungan lain termasuk saluran TV1, TV2 dan Okey turut mengalami masalah akses pada waktu sama.

Bagaimanapun, keadaan kembali pulih sekitar jam 3.40 pagi apabila siaran dan perkhidmatan RTMKlik dilaporkan boleh diakses semula seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-spot_img