Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah pukul pembantu rumah

Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah pukul pembantu rumah
Semua tertuduh, Muhamad Hirzihaziq Abulae’s, 30, isterinya Nurfarah Ainna Hazhar, 34, Muhamad Firdaus Sha’aban, 33, serta isterinya Nurafiqah Nabilah Hazhar, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.
KONGSI

JOHOR BAHRU – Empat individu termasuk dua pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pelbagai pertuduhan membabitkan kecederaan, ugutan jenayah dan kesalahan berkaitan pembantu rumah warga asing, dengan beberapa kes berlaku dalam tempoh berbeza tahun lalu dan tahun ini.

Semua tertuduh, Muhamad Hirzihaziq Abulae’s, 30, isterinya Nurfarah Ainna Hazhar, 34, Muhamad Firdaus Sha’aban, 33, serta isterinya Nurafiqah Nabilah Hazhar, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Berdasarkan pertuduhan bersama, kesemua mereka didakwa mencederakan seorang pembantu rumah warga Indonesia, Yulia Arnida, 34, di sebuah rumah di Jalan Ledang, Tampoi pada 22 Disember tahun lalu sekitar jam 8.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN