Hasrunizah Hassan terima ‘boost’ sokongan selepas 200 ahli pembangkang sertai UMNO

Hasrunizah Hassan terima 'boost' sokongan selepas 200 ahli pembangkang sertai UMNO
Perkembangan itu dilihat memberi suntikan moral besar kepada calon DUN Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan, menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekali gus mengukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi.
KONGSI

PONTIAN – Gelombang sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN Pulai Sebatang dilihat semakin meningkat apabila kira-kira 200 ahli daripada pelbagai parti pembangkang mengambil keputusan menyertai UMNO dalam satu majlis penyerahan borang keahlian di sini, malam tadi.

Perkembangan itu dilihat memberi suntikan moral besar kepada calon DUN Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan, menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekali gus mengukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi.

Kumpulan berkenaan diketuai bekas Naib Ketua Bahagian Pontian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hairul Azwani A. Karim, yang turut menyaksikan penyertaan bekas ahli daripada PAS, PKR dan Amanah sekitar Sungai Terus serta Kayu Ara Pasong.

ARTIKEL BERKAITAN