Isnin, 6 Julai 2026
spot_img
Gaya Hidup"Habeeb peneman terbaik saya", Firdaus Rahmat akui anak jadi kekuatan hidup

“Habeeb peneman terbaik saya”, Firdaus Rahmat akui anak jadi kekuatan hidup

SHAH ALAM – Di sebalik kesibukan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain, penyanyi dan komposer Firdaus Rahmat mengakui anak lelakinya, Habeeb, kini menjadi peneman dan sumber kekuatan terbesar dalam meneruskan kehidupan serta kerjaya seni.

Menurut pelantun lagu Test Drive itu, masa bersama Habeeb bukan sahaja mengubat kerinduan ketika bekerja, malah menjadi detik paling bermakna buat dirinya sebagai seorang bapa.

“Sepanjang hidup saya, saya suka sangat buat konten dengan Habeeb. Dia macam ‘mini me’. Habeeblah yang menjadi antara peneman saya sepanjang tahun ini. Sekarang kalau keluar bekerja pun cepat rasa rindu nak balik jumpa dia,” katanya ketika ditemui di UiTM Puncak Perdana, malam tadi.

Firdaus berkata, kandungan yang dikongsikan bersama Habeeb di media sosial bukan sekadar hiburan, sebaliknya memberi peluang kepada orang ramai mengenali kehidupan sebenar dirinya.

@_firdausrahmat

MashaaAllah..

♬ suara asli – SharkPine – SharkPine🦈🦈

“Saya rasa perlu juga buat konten bersama anak sebab kadang-kadang orang masih keliru antara saya dengan Fahimi. Ada yang ingat saya baru kahwin, padahal saya dah ada anak,” katanya.

Bagaimanapun, Firdaus menegaskan beliau tidak akan terlalu kerap mendedahkan kehidupan anaknya kepada umum kerana mahu menjaga batas privasi keluarga.

“Saya masih ada boundaries dengan kehidupan peribadi. Kalau ada konten dengan Habeeb, adalah. Kalau tak ada, saya lebih banyak kongsi mengenai muzik dan kerja-kerja produksi saya,” katanya.

Berkongsi perkembangan Habeeb yang kini berusia tiga tahun, Firdaus berkata anaknya itu mula menunjukkan minat terhadap muzik dan gemar mendengar lagu yang dihasilkannya.

@_firdausrahmat

BismillahimashaaAllah, Solat Jumaat pertama habeeb >&lt

♬ original sound – Firdaus Rahmat

“Bila saya balik, dia akan tanya, ‘Ayah buat lagu apa tadi?’ Kalau boleh dia nak dengar lagu yang ayah buat. Dia cepat tangkap dan memang minat muzik,” katanya.

Dalam pada itu, Firdaus mengakui kehilangan arwah bapanya masih dirasai sehingga kini, namun kehadiran Habeeb bersama ibu dan ahli keluarganya menjadi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.

“Semua kekuatan saya sekarang ialah Habeeb, ibu saya dan keluarga saya. Tipulah kalau cakap tak sedih, tapi hidup mesti diteruskan,” katanya.

@_firdausrahmat

Macam ni ke abah rasa bila adik berlari2 peluk abah dulu? Ya Allah sayangnya rasa, gembiranya rasa. Hilang kejap semua beban kerja dekat kepala ni bah. Hm. Rindunya abah .. Alfatihah (dibaca) untuk abah 🤍

♬ pluto projector – al
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-