BN rampas Jementah, See Ann Giap menang majoriti 913 undi

BN rampas Jementah, See Ann Giap menang majoriti 913 undi
See memperoleh 12,522 undi atau 46.31 peratus daripada keseluruhan undi yang dikira, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Ng Kor Sim yang meraih 11,609 undi atau 42.94 peratus.
KONGSI

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas calonnya, See Ann Giap, mencatat kemenangan dengan majoriti 913 undi.

See memperoleh 12,522 undi atau 46.31 peratus daripada keseluruhan undi yang dikira, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Ng Kor Sim yang meraih 11,609 undi atau 42.94 peratus.

Calon Perikatan Nasional (PN), Saifullah Wahab pula berada di tempat ketiga dengan 2,907 undi bersamaan 10.75 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN