Bekas wakil Bersatu kembali ke pangkuan BN, Alwiyah kekal kuasai Endau

Bekas wakil Bersatu kembali ke pangkuan BN, Alwiyah kekal kuasai Endau
Alwiyah yang mengumumkan keluar daripada Bersatu dan kembali menyertai UMNO pada Jun lalu, memperoleh 9,529 undi atau 51.62 peratus untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Hasnul Hakimi Hussien yang meraih 5,984 undi.
KONGSI

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Alwiyah Talib, berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau selepas kembali bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Alwiyah yang mengumumkan keluar daripada Bersatu dan kembali menyertai UMNO pada Jun lalu, memperoleh 9,529 undi atau 51.62 peratus untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Hasnul Hakimi Hussien yang meraih 5,984 undi.

Beliau sebelum ini memenangi kerusi Endau atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum menyertai Bersatu pada Mei 2018. Pada PRN Johor 2022, Alwiyah mempertahankan kerusi itu atas tiket PN sebelum kembali menyertai UMNO menjelang PRN Johor kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN