Anthony Loke pertahan Chennah, DAP sasar kekal sapu bersih 11 kerusi di Negeri Sembilan

Anthony Loke pertahan Chennah, DAP sasar kekal sapu bersih 11 kerusi di Negeri Sembilan
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan ke-16 di Kuala Pilah, hari ini. - Foto Bernama
KONGSI

KUALA PILAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sah diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, sekali gus mengetuai usaha parti itu mengekalkan rekod kemenangan di semua 11 kerusi yang ditandingi.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan ke-16 di Kuala Pilah, hari ini.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan kembali mempertahankan DUN Chennah selepas memenangi kerusi itu pada PRN lalu dengan majoriti 2,200 undi.

ARTIKEL BERKAITAN