35 emas bawa UPM rampas takhta ‘raja’ SUKIPT 2026

35 emas bawa UPM rampas takhta SUKIPT 2026
UPM mengungguli saingan dengan kutipan 35 pingat emas, 20 perak dan 15 gangsa, sekali gus mengetepikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Tanpa meletakkan sasaran awal untuk bergelar juara, Universiti Putra Malaysia (UPM) akhirnya menutup kempen Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 dengan kejutan terbesar apabila kembali merampas takhta keseluruhan temasya.

UPM mengungguli saingan dengan kutipan 35 pingat emas, 20 perak dan 15 gangsa, sekali gus mengetepikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.

Kejayaan itu lebih bermakna selepas UPM kehilangan gelaran pada edisi lalu, selain mengesahkan kejuaraan keempat mereka dalam sejarah SUKIPT selepas pernah mendominasi edisi pertama, keempat dan kelima.

ARTIKEL BERKAITAN