“Telah tiba masanya PRU16 segera diadakan”, Zahid mahu UMNO kembali terajui negara

"Telah tiba masanya PRU16 segera diadakan", Zahid mahu UMNO kembali terajui negara
Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya akan datang merupakan detik penentuan kepada UMNO untuk membuktikan kemampuan parti itu bangkit selepas kehilangan penguasaan di Putrajaya lapan tahun lalu. - Foto Izzat Shariff
KONGSI

KUALA LUMPUR – UMNO memberi isyarat jelas mahu Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan, dengan sasaran bukan sekadar mempertahankan kedudukan dalam kerajaan, sebaliknya kembali memperoleh mandat rakyat untuk menerajui kepimpinan negara.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya akan datang merupakan detik penentuan kepada UMNO untuk membuktikan kemampuan parti itu bangkit selepas kehilangan penguasaan di Putrajaya lapan tahun lalu.

Menurut beliau, kebangkitan ‘Gelombang Biru’ yang dibawa parti itu perlu diterjemahkan kepada mandat rakyat menerusi peti undi.

ARTIKEL BERKAITAN