Isnin | 21/09/2026 | 11:31:29 pm
HomeSukanSukan Asia 2026Sukan Asia 2026: Kuartet 4x200m gaya bebas lelaki Malaysia pecah rekod kebangsaan

Sukan Asia 2026: Kuartet 4x200m gaya bebas lelaki Malaysia pecah rekod kebangsaan

TOKYO – Tanpa membawa pulang pingat, kuartet 4×200 meter (m) gaya bebas lelaki negara tetap meninggalkan jejak membanggakan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila mencipta rekod kebangsaan baharu pada aksi final, hari ini.

RINGKASAN BERITA
  • Gandingan Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Tan Khai Xin dan Arvin Shaun Singh Chahal mencatat masa 7 minit 18.79 saat di Pusat Akuatik…
  • Catatan itu memperbaharui rekod kebangsaan 7:19.50 saat yang dilakukan pada Sukan SEA Thailand 2025, sekali gus menyaksikan kuartet negara memperbaiki rekod berkenaan sebanyak 0.71…
  • Terdahulu, Malaysia mara ke final selepas mencatat 7:22.05 saat pada pusingan saringan untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan.
  • Dalam aksi final, China meraih emas sambil mencipta rekod Asia baharu 7:00.17 saat, memadam rekod terdahulu 7:00.91 saat.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Gandingan Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Tan Khai Xin dan Arvin Shaun Singh Chahal mencatat masa 7 minit 18.79 saat di Pusat Akuatik Tokyo untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Catatan itu memperbaharui rekod kebangsaan 7:19.50 saat yang dilakukan pada Sukan SEA Thailand 2025, sekali gus menyaksikan kuartet negara memperbaiki rekod berkenaan sebanyak 0.71 saat.

Jurulatih renang kebangsaan, Michael Kinross menyifatkan pencapaian itu sebagai perkembangan positif selepas kira-kira empat bulan setengah membimbing skuad negara.

“Kami sangat teruja dengan renangan itu dan kemajuan yang telah kami capai dalam tempoh empat bulan setengah pertama saya di sini.

“Memecahkan rekod ini memang menjadi matlamat kami sejak awal lagi.

“Kami akan meraikan pencapaian ini, tetapi kami sedar ada banyak lagi yang perlu dicapai, baik minggu ini mahupun pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Malaysia mara ke final selepas mencatat 7:22.05 saat pada pusingan saringan untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan.

Dalam aksi final, China meraih emas sambil mencipta rekod Asia baharu 7:00.17 saat, memadam rekod terdahulu 7:00.91 saat.

Jepun meraih perak dengan catatan 7:01.05 saat, manakala Korea Selatan melengkapkan podium menerusi gangsa selepas merekodkan 7:06.76 saat. – MYBERITA

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
Wartawan MYBERITA yang membuat liputan berita semasa, isu nasional dan perkembangan terkini dalam negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|