Selasa | 22/09/2026 | 10:40:42 pm
HomeHiburanSelepas 173 hari berdiam diri, Fikry Ibrahim dedah sah bercerai

Selepas 173 hari berdiam diri, Fikry Ibrahim dedah sah bercerai

KUALA LUMPUR – Status perkahwinan pelakon Fikry Ibrahim akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan sudah berpisah dengan bekas isterinya, Siti Khalizah Alihan.

RINGKASAN BERITA
  • Menurut Fikry, perpisahan tersebut berlaku sejak 173 hari lalu, namun dia memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum berkongsi perkara berkenaan kepada umum.
  • Jelasnya, keputusan untuk tidak berkongsi lebih awal bukan kerana mahu menyembunyikan keadaan sebenar, sebaliknya dia memerlukan ruang untuk mengumpul kekuatan dan menerima ketentuan yang…
  • Fikry turut menegaskan bahawa tiada pihak yang perlu dipersalahkan atas perpisahan tersebut.
  • Dalam kenyataan sama, Fikry menitipkan doa buat bekas isterinya agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Fikry menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Fikry, perpisahan tersebut berlaku sejak 173 hari lalu, namun dia memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum berkongsi perkara berkenaan kepada umum.

Jelasnya, keputusan untuk tidak berkongsi lebih awal bukan kerana mahu menyembunyikan keadaan sebenar, sebaliknya dia memerlukan ruang untuk mengumpul kekuatan dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan.

“Bismillahirahmannirahim. Dengan izin Allah, saya ingin berkongsi bahawa saya dan bekas isteri telah berpisah sejak 173 hari yang lalu.

“Saya memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum berkongsi kerana ada perkara yang lebih baik disimpan dan dilalui dengan tenang.

“Bukan kerana mahu menyembunyikan, tetapi kerana saya perlukan ruang untuk mengumpul kekuatan dan menerima ketentuanNya,” katanya.

Fikry turut menegaskan bahawa tiada pihak yang perlu dipersalahkan atas perpisahan tersebut.

“Tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Ada perjalanan yang Allah izinkan untuk kita tempuh bersama, dan ada perjalanan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang berbeza,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Fikry menitipkan doa buat bekas isterinya agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

“Dan saya juga berdoa agar Allah memberikan saya ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Fikry turut mengakui bahawa walaupun mereka tidak lagi bersama, Khalizah tetap pernah menjadi insan yang dicintainya dan sebahagian daripada perjalanan hidupnya.

“Walaupun kini kami tidak lagi bersama, dia tetap pernah menjadi seseorang yang saya cintai dan pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.

“Untuk itu, saya memilih untuk mengenangnya dengan doa, dan terima kasih kerana pernah menjadi isteri saya.

“Semoga Allah menjaga kita masing-masing, mengampuni segala kekurangan, dan menggantikan setiap yang telah berlalu dengan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Khalizah dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Fikry di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, Khalizah menarik semula permohonan cerai tersebut sebulan kemudian dan mengakui tindakannya memfailkan perceraian dibuat dalam keadaan terburu-buru.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah melangsungkan perkahwinan pada 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra, Kedah.

– GEMPAK

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|