Jumaat | 25/09/2026 | 2:13:18 am
HomeNasionalNegeriKebakaran besar berhampiran MRR2 Pandan Perdana, kepulan asap hitam menjulang

Kebakaran besar berhampiran MRR2 Pandan Perdana, kepulan asap hitam menjulang

KUALA LUMPUR – Kepulan asap hitam tebal disusuli api marak mencetuskan kebimbangan penduduk selepas satu kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan Pandan Perdana, awal pagi ini.

Berdasarkan video orang awam yang dikongsikan menerusi Threads, api kelihatan membakar sebuah kawasan berhampiran laluan utama berkenaan dengan kepulan asap hitam menjulang tinggi dan boleh dilihat dari kawasan kediaman sekitar.

Rakaman dari jarak jauh turut menunjukkan cahaya api yang kuat di lokasi kejadian, manakala beberapa cahaya dipercayai daripada kenderaan kecemasan kelihatan berhampiran kawasan terbabit.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan premis atau struktur yang terbakar, selain punca kejadian serta sama ada terdapat mangsa yang terlibat.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan kejadian dan memberi laluan kepada pasukan kecemasan sekiranya operasi sedang dijalankan.

MYBERITA sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.

Berita selanjutnya menyusul. – Threads

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 25 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|