Sabtu | 03/10/2026 | 9:37:02 pm
HomeHiburanSepuluh tahun menyulam cinta, Sofea Shra kini bergelar isteri

Sepuluh tahun menyulam cinta, Sofea Shra kini bergelar isteri

KUALA LUMPUR – Selepas hampir sedekad menyulam kasih, pempengaruh kecantikan dan fesyen, Sofea Shra akhirnya menamatkan zaman bujang apabila berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya.

Berita bahagia itu dikongsikan Sofea menerusi Instagram, sekali gus mencuri perhatian pengikut yang selama ini mengikuti perjalanan kerjayanya dalam dunia digital.

“MasyaAllah Tabarakallah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya ringkas.

Menerusi video yang dimuat naik, Sofea turut mendedahkan hubungan mereka sudah terjalin sejak 2016 sebelum pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Perkongsian berkenaan memberi gambaran bahawa hubungan yang dibina sejak sembilan tahun lalu akhirnya membawa mereka ke fasa baharu sebagai suami isteri.

Pengumuman itu turut mendapat reaksi rakan-rakan selebriti dan peminat yang memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat pasangan berkenaan.

Sofea, yang dikenali menerusi kandungan berkaitan kecantikan, fesyen dan gaya hidup, sebelum ini mencipta nama sebagai antara pempengaruh digital tempatan yang aktif di Instagram dan TikTok.

Malah, Sofea pernah dinobatkan sebagai pemenang kategori ‘Digital Creator’ (Beauty & Fashion) Tergempak pada ‘Gempak Most Wanted Awards 2024’, selain menerima pencalonan dalam anugerah berkaitan pencipta kandungan digital.

– MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 3 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|