Ahad | 11/10/2026 | 8:45:08 pm
HomeNasionalSaifuddin tidak mahu ulas dakwaan Rohingya tanpa bukti jelas

Saifuddin tidak mahu ulas dakwaan Rohingya tanpa bukti jelas

KULIM – Sebarang dakwaan mengenai warga Rohingya yang didakwa menggunakan pasport Bangladesh untuk memasuki Malaysia perlu disokong bukti kukuh sebelum boleh diberikan maklum balas, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berdasarkan khabar angin atau dakwaan yang belum disokong fakta jelas.

“Saya tidak mahu memberi respons kepada khabar angin atau dakwaan. Kalau ada hujah yang kuat dan bukti yang jelas, barulah saya boleh memberi respons. Setakat ini, perkara itu tidak ada dalam pengetahuan saya,” katanya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|