Gara-gara mahu duit upah, pasangan suami isteri didenda RM6,000

Gara-gara mahu duit upah, pasangan suami isteri didenda RM6,000
Pasangan terbabit, Wan Aizat Azwan Wan Salleh, 40, dan isterinya, Prima Septia Lily, 44, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Majistret Segamat, hari ini, selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nor Fadilah Johannuddin.
KONGSI

SEGAMAT – Hasrat sepasang suami isteri mendapatkan wang upah bagi membayar hutang membawa padah apabila kedua-duanya didenda RM3,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah menyimbah cat merah pada rumah yang menjadi sasaran gangguan sindiket pinjaman wang tidak berlesen (along).

Pasangan terbabit, Wan Aizat Azwan Wan Salleh, 40, dan isterinya, Prima Septia Lily, 44, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Majistret Segamat, hari ini, selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nor Fadilah Johannuddin.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN