Jenazah pegawai AKPS maut ditikam suami dibawa pulang ke Tumpat

Jenazah pegawai AKPS maut ditikam suami dibawa pulang ke Tumpat
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jenazah Allahyarham dibawa melalui jalan darat selepas selesai menjalani bedah siasat pagi tadi. - FOTO MYBERITA
KONGSI

MACHANG – Jenazah pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang ditemukan maut dalam kejadian dipercayai melibatkan suaminya di Nilai, akan dibawa pulang ke Tumpat, Kelantan, malam ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jenazah Allahyarham dibawa melalui jalan darat selepas selesai menjalani bedah siasat pagi tadi.

Menurutnya, Allahyarham meninggalkan dua anak masing-masing berusia lima dan enam tahun yang kini berada di bawah jagaan kakaknya.

ARTIKEL BERKAITAN