Dua anak pegawai AKPS diberitahu ibu meninggal dunia akibat sakit

Dua anak pegawai AKPS diberitahu ibu meninggal dunia akibat sakit
Kedua-dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun itu sebaliknya diberitahu bahawa ibu mereka meninggal dunia akibat sakit selepas ibu saudara mereka, Marliza Ibrahim, 48, tidak sampai hati untuk mendedahkan perkara sebenar. - FOTO Harian Metro
KONGSI

TUMPAT – Dua anak kecil kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang dipercayai dibunuh suaminya, masih belum mengetahui kejadian sebenar yang meragut nyawa ibu mereka.

Kedua-dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun itu sebaliknya diberitahu bahawa ibu mereka meninggal dunia akibat sakit selepas ibu saudara mereka, Marliza Ibrahim, 48, tidak sampai hati untuk mendedahkan perkara sebenar.

Marliza yang juga kakak sulung mangsa berkata, dia mengambil keputusan itu kerana bimbang anak-anak saudaranya masih terlalu kecil untuk memahami tragedi yang menimpa ibu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN