Menurutnya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada proses penelitian AGC bagi memastikan hasil siasatan memenuhi keperluan sebelum sebarang keputusan diambil.
“Polis masih melengkapkan siasatan. AGC memaklumkan ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terhadap kertas siasatan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, di sini, hari ini.
Saifuddin Nasution berkata, kertas siasatan berkenaan merangkumi kenyataan saksi serta maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses siasatan sebelum diserahkan kepada AGC.
Katanya, polis sudah diarahkan melengkapkan siasatan berdasarkan keperluan yang ditetapkan AGC.
“AGC perlu berpuas hati sepenuhnya dengan hasil siasatan sebelum membuat keputusan. Biasanya jika tidak berpuas hati, AGC akan memulangkan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Berita Harian









