Asyraf Khalid bakal saman Caprice susulan serangan di media sosial

KONGSI

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan, Asyraf Khalid, memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi dan aktivis Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, susulan dakwaan ‘serangan’ berunsur fitnah yang dilakukan terhadapnya di media sosial baru-baru ini.

Menurut Asyraf, 33, tuduhan yang dilemparkan berhubung keputusannya menjemput seorang individu kontroversi sebagai tetamu dalam rancangan podcast Apa Cerita? telah memberi kesan besar terhadap kesihatan mental dan emosi, selain mencalar reputasinya sebagai ahli perniagaan.

“Seorang pempengaruh dikenali sebagai Caprice telah menerbitkan beberapa hantaran menyerang saya secara terbuka kerana menjemput tetamu berkenaan yang menurutnya terlibat dengan pelbagai tuduhan kekerasan.

ARTIKEL BERKAITAN