“Hang ni selebriti celah mana?,” Caprice sindir Asyraf

KONGSI

KUALA LUMPUR – Konflik antara penyanyi rap sensasi, Caprice dan usahawan terkenal, Asyraf Khalid terus berpanjangan apabila Caprice secara terbuka mempersoalkan kelayakan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu untuk digelar sebagai seorang selebriti.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, secara sinis menyoal sejak bila Asyraf boleh dianggap sebagai artis.

“Saya cuma nak tahu sejak bila hang ni selebriti? Adakah awak seorang pelakon, penyanyi, rapper atau supermodel? Saya tak tahu ini berita untuk saya. Sejak bila dan celah mana awak ni selebriti?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN