Sabtu, 28 Jun 2025
UTAMAEKONOMIAnwar rasmi Kota MADANI, bandar pintar, mesra rakyat dan alam sekitar

Anwar rasmi Kota MADANI, bandar pintar, mesra rakyat dan alam sekitar

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19, satu inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar.

Projek bernilai RM4 bilion itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan build, lease, maintain and transfer (Bina-Pajak-Selenggara-Pindah–BLMT), tanpa membabitkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal.

Kota MADANI bakal merangkumi 10,000 unit kuarters kediaman berintensiti tinggi yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk, sekolah menegak serta pelbagai kemudahan awam.

Pembangunan itu dirangka dengan integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital pintar dan sistem mobiliti hijau.

Kemudahan lain yang dirancang termasuk institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekolah, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis, masjid, institusi kewangan serta reka bentuk berunsur budaya tempatan bagi mengekalkan warisan seni bina.

Fasa pertama pembangunan dijangka bermula pada September ini dan siap menjelang akhir 2027.

Projek itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan merealisasikan visi Malaysia MADANI dan konsep bandar CHASE – bersih, sihat, maju, selamat dan lestari.

Kota MADANI dijangka menjadi perintis model pembangunan bandar masa depan di Malaysia yang bakal dicontohi kawasan lain.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN