Sabtu, 28 Jun 2025
UTAMAPOLITIKHadi Awang makin pulih, dijangka keluar wad IJN esok

Hadi Awang makin pulih, dijangka keluar wad IJN esok

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan semakin pulih dan dijangka keluar dari wad di Institut Jantung Negara (IJN) seawal esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Dr Muhammad Khalil, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, bahawa keadaan bapanya kini stabil dan masih dipantau oleh pasukan perubatan serta doktor pakar IJN.

“Alhamdulillah… keadaan ayahanda Tuan Guru Presiden semakin sihat selepas menjalani prosedur rawatan berisiko tinggi di IJN pada Selasa lalu.

“Terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesihatan ayahanda,” katanya.

Tambah beliau, jika keadaan bertambah baik, Abdul Hadi dijangka dibenarkan keluar wad esok atau selewat-lewatnya minggu hadapan.

Dr Muhammad Khalil turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan perubatan dan doktor pakar IJN atas khidmat terbaik yang diberikan sepanjang tempoh rawatan bapanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada Katijah Muda, 69, ibu kepada Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, 49, di Kampung Masjid Haji Kadir, semalam.

Raja Nurfatimah Mawar meninggal dunia di kediamannya di Sungai Long, Selangor, selepas mengadu sakit dan sukar bernafas pada petang Ahad lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Panjang di sini kira-kira jam 11 pagi Isnin lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai kuliah mingguan yang biasa disampaikan Abdul Hadi di Masjid Rusila, Marang, Dr Muhammad Khalil yang juga ADUN Batu Burok memaklumkan program itu akan tetap diteruskan.

“Kuliah Jumaat tetap diadakan, tetapi disampaikan oleh penceramah secara bergilir, termasuk kita sendiri,” katanya.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN