Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASARibut petir landa Kuala Lumpur, Putrajaya sehingga 5 petang – MetMalaysia

Ribut petir landa Kuala Lumpur, Putrajaya sehingga 5 petang – MetMalaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MetMalaysia turut memaklumkan bahawa cuaca buruk dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor dan Terengganu.

“Di Selangor, kawasan yang terlibat termasuk Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala, bagi negeri Terengganu, ribut petir dijangka berlaku di daerah Dungun dan Kemaman,” kata kenyataan tersebut.

MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan merancang aktiviti harian dengan mengambil kira maklumat terkini cuaca yang dikeluarkan secara berkala melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN