Cadangan pembinaan Hospital Tuanku Jaafar 2 dibawa ke mesyuarat jemaah menteri – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut turut dibangkitkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sembilan di Majlis Daerah Tampin, pada Ahad. (Foto Facebook Anwar Ibrahim)


TAMPIN – Isu keperluan segera dan mendesak pembinaan Hospital Tuanku Jaafar 2 di Seremban bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut turut dibangkitkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sembilan di Majlis Daerah Tampin, pada Ahad.

 

\”Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah keperluan segera dan mendesak pembinaan Hospital Tuanku Jaafar 2 di Seremban bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.


Langkah membawa cadangan pembinaan hospital baharu ke peringkat tertinggi kerajaan dijangka dapat mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaannya dalam masa terdekat. (Foto Facebook Anwar Ibrahim)

 

\”Justeru, saya telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk membawa cadangan ini ke Mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan agar ia dapat ditelaah dan dipercepatkan,\” katanya dalam ucapannya sempena Majlis Berbuka Puasa di Padang Serbaguna, semalam.

 

Keperluan pembinaan hospital baharu ini dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat, khususnya di Negeri Sembilan.

 

Hospital Tuanku Jaafar, yang merupakan hospital rujukan utama di negeri, semakin berdepan tekanan ekoran peningkatan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan setiap tahun.

BACA JUGA:  8.5 juta rakyat Malaysia bakal terima STR fasa 2, 24 Mac ini
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...