Masa untuk Shah Firdaus sudah sampai – Hannah Yeoh

We supply more than 10,000 high-quality merchandise and famous
Nfl jerseys In addition to our cheap NFL jerseys wholesale jerseys, we also offer wholesale custom NFL jerseys. Our custom jerseys can be designed to your exact specifications, including team logos, player names and numbers, and even custom designs. Our commitment to customer service means that our friendly and knowledgeable staff are always here to help you with any questions or concerns you may have. Welcome to our online shop specializing in cheap NFL jerseys! We are proud to offer a wide selection of high-quality jerseys at affordable prices. Whether you’re a die-hard fan of your favorite team or just looking for a great deal, our shop has something for everyone wholesale nfl jerseys.
KONGSI
KBS yakin ini adalah waktu terbaik untuk Muhammad Shah Firdaus Sahrom menyinar dan menggantikan Datuk Azizulhasni Awang sebagai harapan utama berbasikal trek negara selepas prestasi cemerlangnya di Olimpik Paris 2024. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin bahawa kini adalah waktu yang tepat untuk pelumba trek lelaki negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, menyinar dan menjadi harapan utama Malaysia dalam kejohanan yang disertainya.
Menterinya, Hannah Yeoh, berkata beliau yakin Shah Firdaus mampu menggalas tanggungjawab besar itu bagi menggantikan tempat Datuk Azizulhasni Awang setelah prestasi cemerlang yang ditunjukkan pada Sukan Olimpik Paris 2024.
\”Memang sudah sampai masanya untuk Shah Firdaus. Semasa di Paris 2024, kita dapat lihat apabila beliau diberikan mandat untuk acara keirin, dia berjaya membuktikan kebolehannya dengan layak ke final,\” katanya selepas merasmikan Forum ADR Sukan ASEAN 2025 di Asian International Arbitration Centre (AIAC), hari ini.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, dan Ketua Pegawai Eksekutif AIAC, Datuk Almalena Sharmila Johan.
Hannah turut berbangga dengan kejayaan Shah Firdaus yang memenangi pingat emas dalam acara keirin Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye, semalam. Selain itu, beliau turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pelumba trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
\”Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Shah Firdaus. Saya gembira kerana semasa di Paris 2024, saya dapat melihat betapa gigih usahanya untuk bangkit selepas mengalami kekalahan. Usahanya yang berterusan akhirnya membuahkan hasil.

\”Saya bersama KBS dan Majlis Sukan Negara amat berbangga melihat kejayaan Shah Firdaus meraih pingat emas. Akhirnya, beliau berjaya naik podium dan mengharumkan nama Malaysia.

\”Saya juga ingin memberi galakan kepada Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati untuk terus berusaha kerana jurulatih mereka, John Beasley, memberikan laporan yang sangat positif mengenai potensi mereka. Kedua-dua atlet ini kini menerima manfaat daripada program Jawatankuasa Road to Gold,\” tambahnya.

– MYBERITA

BERITA BERKAITANGelagat bapa gigih rakam gambar anak di pantai curi perhatian warga mayaLelaki berbaju merah dipuji, halang individu didakwa rakam wanita dalam MRTKontroversi Mao Zedong, dua jenama China putus hubungan dengan MbappeBelum puas cipta sejarah, Messi terus unggul pada usia...

ARTIKEL BERKAITAN