Lakar sejarah Tun Ameerul Luqman , juara PBA Chameleon 2024

Tun Ameerul Luqman Al-Hakim mencipta sejarah sebagai wakil pertama Malaysia menjuarai Jelajah PBA di AS selepas menewaskan Kevin McCune 269-227 dalam final PBA Chameleon di Reno, Nevada. Foto Instagram Tun Hakim


KUALA LUMPUR – Jaguh tenpin boling negara, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam, mencipta sejarah apabila menjadi wakil pertama Malaysia menjuarai Jelajah Persatuan Boling Profesional (PBA) di Amerika Syarikat selepas menewaskan pemain tuan rumah, Kevin McCune, dalam aksi final PBA Chameleon pada Rabu.
Atlet berusia 25 tahun itu meraih kemenangan bergaya 269-227 dalam perlawanan akhir stepladder yang berlangsung di National Bowling Stadium, Reno, Nevada.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di laman Facebook PBA, Tun Ameerul Luqman menyifatkan kejayaan ini sebagai satu pencapaian luar biasa buat dirinya dan Malaysia.

“Ia amat menakjubkan untuk muncul juara Jelajah PBA, yang juga gelaran pertama saya. Kemenangan ini untuk semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua dan terima kasih banyak-banyak,” katanya.
Sebelum mara ke final, Tun Ameerul Luqman mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan, termasuk mengatasi pemain Amerika Syarikat, Boog Krol, serta juara 12 kali Jelajah PBA dari Sweden, Jesper Svensson.
Kejayaan ini melayakkan beliau membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak AS$20,000 (kira-kira RM88,618) bersama trofi kejuaraan.
Sementara itu, juara dunia 2018, Muhammad Rafiq Ismail, hampir mencipta sejarah sama, namun tewas kepada pemain Sweden, Rasmus Edvall, dalam perlawanan akhir stepladder PBA Scorpion Championship.
BACA JUGA:  Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...