KUALA LUMPUR – Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, berkongsi berita gembira mengenai perjalanan akademiknya yang baharu selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menerusi perkongsian di laman Instagram pada Rabu, Tomok mengumumkan bahawa beliau telah menerima tawaran kemasukan ke program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bagi sesi sepenuh masa Semester 2, 2024/2025.
“Perjalanan baru buat saya selepas Universiti Utara Malaysia (UUM), semoga dipermudahkan, Amin,” luahnya.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk \”Good luck!\”, \”Terbaik idola, teruskan menyumbang dengan ilmu!\” dan \”Alhamdulillah, tahniah! Welcome to UPSI!\”.
Semoga perjalanan akademik Tomok dipermudahkan dan terus menjadi inspirasi buat peminat serta generasi muda yang ingin mengejar ilmu di samping kerjaya seni.
-Iklan-



