Bom \’Ariel\’ ditemui di belukar laluan ke Terowong Menora

IPOH – Laluan ke Terowong Menora dari arah utara dan selatan ditutup hampir satu jam hari ini bagi memberi laluan kepada proses pemusnahan sebutir bom lama yang ditemui di kawasan belukar Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan.

Menurut kenyataan daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di platform X, penutupan sementara laluan Kuala Kangsar–Ipoh bagi kedua-dua arah itu dilakukan atas faktor keselamatan pengguna lebuh raya.

“Trafik arah utara telah dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Selatan, manakala trafik arah selatan dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar,” maklum PLUS.

Penutupan bermula pada pukul 3.02 petang, dan lorong arah utara dibuka semula 15 minit kemudian, manakala arah selatan dibuka sepenuhnya pada pukul 3.44 petang selepas kerja-kerja kecemasan selesai dijalankan.

Difahamkan, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah melaksanakan proses pemusnahan bom berkenaan di lokasi kejadian, dengan radius kawalan letupan sejauh 200 meter.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, memaklumkan bahawa bom jenis ‘Ariel’ itu ditemui seorang pekerja kontrak berusia 51 tahun ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan belukar berdekatan lebuh raya sekitar jam 9.30 pagi.

“Ketika sedang membersihkan pokok dan rumput, lelaki itu menemui sebutir bom dan segera menghubungi peronda PLUS dan pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan pihak polis menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang penemuan objek mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

BACA JUGA:  Perarakan aktivis di Kuala Lumpur cetus perdebatan di media sosial
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...