Kes cabul bazar Ramadan, duda mengaku tidak bersalah

TEMERLOH â€“ Seorang duda yang sebelum ini tular kerana mencabul wanita di bazar Ramadan didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.

Tertuduh, Nazarin Romeli, 51, menghadapi empat pertuduhan berkaitan kesalahan tersebut dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chew King.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan menyentuh payu dara seorang wanita berusia 26 tahun menggunakan lengan dan siku pada 6 Mac lalu sekitar pukul 6.40 petang di tapak Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan serupa terhadap mangsa yang sama dengan melanggar punggung wanita tersebut menggunakan paha di lokasi dan waktu yang sama.

Pertuduhan ketiga pula menyatakan bahawa tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah dengan melanggar dada seorang wanita berumur 22 tahun menggunakan lengan dan siku pada 10 Mac sekitar pukul 6.20 petang di lokasi yang sama.

Manakala, bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan perbuatan serupa pada 6 Mac sekitar pukul 6.40 petang terhadap seorang wanita berusia 28 tahun di tapak Bazar Ramadan yang sama.

Kesemua pertuduhan tertuduh dikemukakan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Adriana Azrin, memohon jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan agar tertuduh tidak mendekati mangsa dan saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nursyazwani Rosselan, merayu agar mahkamah memberikan jaminan minimum kerana tertuduh hanya bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM1,000 dan perlu menyara tiga individu.

Majistret Tan Chew King menetapkan jaminan sebanyak RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 17 April depan untuk pelantikan peguam dan perkembangan kes selanjutnya.

BACA JUGA:  Keluarga Kristian teruja sambut Aidilfitri

Kes ini menjadi perhatian ramai kerana ia berlaku di kawasan awam ketika bulan Ramadan, sekali gus mencetuskan kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan di bazar Ramadan.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...