“Tak mahu anak membesar tanpa ayah”, Zahiril gunakan Ramadan bersama keluarga

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Zahiril Adzim, mengakui jadualnya yang padat dengan aktiviti lakonan serta perniagaan miliknya, Bobby Sun, namun tetap berusaha membahagikan masa untuk keluarga, khususnya pada bulan Ramadan.

Ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini, Zahiril menyatakan bahawa meskipun sibuk, dia tetap berusaha menyeimbangkan antara kerjaya dan keluarga.

\”Alhamdulillah, saya masih lagi sibuk dengan aktiviti lakonan dan juga bisnes saya. Saya cuba membahagikan masa sebaik mungkin, walaupun kadang-kadang terasa perlunya rehat. Tapi, saya tetap bersyukur kerana kesibukan ini adalah rezeki. Cuma, kadang-kadang saya risau tak cukup masa untuk berehat,\” katanya.

Zahiril turut berkongsi cabaran dalam memenuhi tuntutan ibadah sepanjang Ramadan memandangkan jadual penggambaran yang padat.

\”Sama seperti tahun lepas, jadual saya penuh dengan penggambaran. Namun, saya tidak mahu menjadikan itu alasan untuk tidak menunaikan solat Terawih. Jika sempat pulang awal, saya akan cuba pergi ke masjid. Jika tidak, saya solat di rumah. Selain itu, bila tidak terikat dengan penggambaran, saya akan habiskan masa bersama keluarga,\” jelasnya.

Sebagai seorang bapa, Zahiril juga berusaha meluangkan masa berkualiti bersama anaknya.

\”Saya takut anak saya membesar tanpa saya di sisinya. Jadi, Ramadan ini saya mahu menggunakan peluang yang ada untuk lebih banyak meluangkan masa dengan anak saya. Insya-Allah, saya harap dapat lebih banyak masa bersamanya,\” tambahnya lagi.

Bercerita tentang bagaimana dia menangani kesibukan dan mengekalkan keharmonian keluarga, Zahiril mengakui isterinya, Shera Ayob, memainkan peranan penting.

Menurut Zahiril, anaknya juga sangat rapat dengannya kerana dia seorang yang suka bermain dan menghiburkan keluarga.

\”Anak saya selalu mencari saya kalau dia mahu berseronok. Saya jenis yang suka melayan kerenah anak, jadi hubungan kami sangat rapat,\” ujarnya sambil tersenyum.

Mengenang kembali zaman kanak-kanaknya, Zahiril berkongsi bahawa dia merupakan peminat setia permainan Lego.

\”Saya kumpul duit raya untuk beli Lego. Saya masih ingat, ketika kecil, saya perlu berkeliling satu kampung untuk mendapatkan duit raya sebanyak RM5 supaya dapat membeli Lego di Super Kinta, Ipoh. Dari situ, saya belajar tentang kreativiti dan ia banyak mempengaruhi minat saya dalam reka bentuk,\” katanya.

Bagi sambutan Aidilfitri tahun ini, Zahiril berkata dia dan isteri memilih untuk meraikannya secara sederhana.

\”Shera lebih suka sesuatu yang minimalis dan tidak terlalu meriah. Baginya, lebih baik kita gunakan masa untuk menziarahi keluarga dan saudara-mara daripada menghias rumah berlebihan,\” jelasnya.

Mengenai lokasi beraya tahun ini, Zahiril berkata dia dan isteri masih dalam perbincangan.

\”Sama ada di kampung isteri saya di Ipoh atau kampung saya di Shah Alam, kami tiada masalah. Kami sentiasa mengamalkan sikap give and take, jadi semuanya akan berjalan lancar,\” katanya mengakhiri perbualan.

BACA JUGA:  Kebakaran paip gas: 100 buah rumah sementara ditawar untuk mangsa
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...