Kesan darah dalam bilik dan tandas milik tertuduh, bukan mangsa – Forensik

KONGSI

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat kesan darah yang dikesan di dalam bilik dan tandas di kediaman Zayn Rayyan Abdul Matin di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai.

Asisten Superintendan Mohd. Hafizee Ismail, 38, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dapatan itu diperoleh hasil daripada ujian luminol yang dijalankan oleh pasukan forensik pada 9 Disember 2023 di lokasi kejadian.

“Ujian DNA mendapati darah yang ditemui dalam bilik air adalah milik tertuduh pertama, Zaim Ikhwan Zahari, seperti mana yang dinyatakan dalam laporan kimia. Walaupun tertuduh kedua, Ismanira Abdul Manaf, ada memaklumkan si mati pernah mengalami luka akibat terkena pisau cukur di dalam bilik air, namun hasil ujian tetap menunjukkan ia milik Zaim,” jelas saksi pendakwaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN