Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bersama renjer RDC digerakkan ke lokasi mangsa, kira-kira tujuh kilometer dari pintu masuk, menggunakan jalan darat.
“Pasangan itu akhirnya berjaya ditemui oleh renjer RDC yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 3.08 petang, menggunakan laluan laut dengan bantuan bot,\” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Tambahnya, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke Kampung Bambangan melalui jalan laut kerana jaraknya yang lebih dekat, iaitu hanya dua kilometer berbanding laluan darat.
Setelah itu, pasangan berkenaan dibawa semula ke RDC menaiki kenderaan Jabatan Perhutanan untuk tindakan lanjut. – MYBERITA








