Budak 11 tahun ditikam bapa sendiri

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas ditikam oleh bapanya sendiri yang dipercayai mengalami gejala kemurungan dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Banggol Che Dol, di sini, pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa ditikam di bahagian perut oleh suspek yang juga seorang guru.

Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Menurut moyang mangsa, Mohd. Yusof Sulaiman, 77, beliau tidak berada di rumah ketika kejadian kerana keluar bersarapan di kedai kopi berhampiran.

“Saya tinggal di sebelah rumah mangsa.

Saya terkejut apabila balik dan melihat ayah budak itu duduk seorang diri di atas tangga. Saya tidak syak apa-apa sehinggalah polis datang dan menangkapnya,” katanya ketika ditemui.

Seorang penduduk kampung, dikenali sebagai Ahmad, berkata beliau menyedari kejadian itu selepas melihat kanak-kanak tersebut berlumuran darah dibawa keluar dari rumah oleh keluarganya.

“Saya nampak mangsa dibawa dengan motosikal, dibonceng oleh datuknya dan bersandar pada dada bapa saudaranya dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.

BACA JUGA:  Agong kurnia surat cara pelantikan Hakim Besar Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...