Pasangan panda Fu Wa, Feng Yi selamat dihantar pulang ke China

KONGSI

SEPANG – Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi, secara rasmi dihantar pulang ke China dalam satu Majlis Penghantaran penuh simbolik yang berlangsung di Animal Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mewakili kerajaan Malaysia dalam menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Republik Rakyat China atas hubungan diplomatik erat yang telah terjalin selama ini.

Menurut Nik Nazmi, peminjaman pasangan panda selama 10 tahun melalui Projek Kerjasama Antarabangsa Pemuliharaan Panda Gergasi bukan sahaja menjadi lambang persahabatan antara dua negara, malah membuahkan hasil dari segi pembiakan dan pemuliharaan spesies terancam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN