555 banduan terima pelepasan istimewa Aidiladha

KUALA LUMPUR – Seramai 555 prospek banduan dari seluruh negara dibebaskan hari ini menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Jabatan Penjara Malaysia, program ini bertujuan memberi peluang kepada banduan yang layak untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat, selaras dengan usaha menyokong pemulihan serta integrasi sosial.

“Johor mencatatkan jumlah tertinggi banduan dibebaskan iaitu 83 orang, diikuti Sabah (82), Sarawak (68), Terengganu (67), Pahang (54), Selangor (51), Pulau Pinang (45), Kedah (28), Perak dan Negeri Sembilan (25 setiap negeri), Perlis (15) serta Kelantan (12),” jelas kenyataan tersebut.

Jabatan Penjara turut memaklumkan bahawa sepanjang tahun ini, termasuk sambutan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, seramai 1,934 banduan telah menerima PBSL.

Sejak pelaksanaannya bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2024, sebanyak 57,779 Orang Bebas Berlesen (OBB) telah dibebaskan melalui PBSL di seluruh negara.

Tahun 2024 mencatat jumlah pelepasan tertinggi dengan 20,578 prospek, diikuti 2023 (15,180), 2022 (8,412), 2021 (3,517) dan 2020 (1,938).

PBSL diberikan kepada banduan yang menjalani hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, golongan rentan, wanita mengandung dengan hukuman kurang daripada empat tahun, serta mereka yang telah melalui program pemulihan, berkelakuan baik dan mempunyai penjamin.

Program ini mencerminkan pendekatan ihsan dan pemulihan berfokuskan kemanusiaan, seiring nilai-nilai MADANI yang diterapkan dalam sistem pemulihan negara.

BACA JUGA:  APM pasang papan tanda amaran kehadiran ubur-ubur di Pantai Chenang
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...