Pemandu BMW maut, penunggang motosikal parah lepas dirempuh

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas kereta jenis BMW yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal di Lorong Moror Bukit Ayun di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayatnya ditemui beberapa meter dari lokasi perlanggaran.

Sementara itu, penunggang motosikal jenis Yamaha yang merupakan lelaki berusia 24 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 4.07 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Komander Operasi, Mohamad Hirman Mat Rodzi, segera dikejarkan ke lokasi.

“Terdapat dua mangsa terlibat iaitu pemandu kereta dan penunggang motosikal. Pasukan bomba bertindak melakukan kerja-kerja penyelamatan sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa penunggang motosikal mengalami kecederaan parah manakala pemandu kereta disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 4.38 pagi. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

BACA JUGA:  Anwar tegas terus laksana tugas walaupun permohonan ditolak mahkamah
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...