Kesalahan langgar lampu isyarat catat rekod tertinggi semasa operasi Aidiladha – JPJ Negeri Sembilan

SEREMBAN – Kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat mencatat jumlah tertinggi sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidiladha 2025 yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dari 4 hingga 10 Jun lalu.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, sebanyak 121 notis saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut, menjadikannya antara pelanggaran lalu lintas paling serius yang dikesan sepanjang operasi tersebut.

“Kesalahan lain yang turut dikesan termasuk tidak memakai tali pinggang keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju dan menyalahgunakan lorong kecemasan,” katanya ketika dihubungi media.

Operasi khas ini memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian di jalan raya.

Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 8,437 kenderaan diperiksa dan 3,044 notis dikeluarkan, dengan 1,342 kenderaan dikenakan tindakan, manakala 53 motosikal dan 14 kereta telah disita atas pelbagai kesalahan.

Antara notis paling banyak dikeluarkan ialah Notis JPJ(P)22 sebanyak 2,191, diikuti oleh 333 notis temusiasat (Notis 114), 216 notis arah periksa (Seksyen 61(1)), dan 160 notis larangan penggunaan kenderaan (PG1).

Hanif turut menyeru pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dan sentiasa mematuhi undang-undang demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain, terutama ketika musim perayaan.

BACA JUGA:  Lagu ‘Hening Rindu’ hampir jadi milik penyanyi lain, Marsha anggap itu rezeki
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...