Lepas 16 tahun tunggu, Ariel Fesol muncul juara Big Stage Alpha

SHAH ALAM – Senyum dengan penuh gembira, Ariel Fesol akhirnya menamatkan penantian 16 tahun dalam dunia seni suara apabila diumumkan sebagai juara program Big Stage Alpha yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam malam tadi.

Penyanyi berusia 27 tahun itu bukan sahaja membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi kemenangan, malah turut diraikan atas kejayaan yang membuka peluang untuknya melangkah lebih jauh dalam industri muzik.

“Saya tunggu momen ini selama 16 tahun, Macam-macam pertandingan saya sertai, tapi tak pernah jadi. Malam ini, saya akhirnya berjaya.

Terima kasih kepada semua yang percaya dan terus sokong saya,” katanya sebak ketika berucap sejurus diumumkan sebagai juara.

Kemenangan itu turut menyaksikan Ariel disatukan dengan enam lagi peserta sebagai anggota kumpulan baharu yang dinamakan Alpha.

Tempat kedua menjadi milik Ray-D yang menerima wang tunai RM20,000 dan trofi, manakala tempat ketiga diraih oleh Rizal Rasid dengan ganjaran wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Sementara itu, tempat keempat hingga ketujuh masing-masing disandang oleh Daniel Sher, Araff, Izat Ibrahim dan Afiq Sky yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi sebagai tanda penghargaan.

Lebih manis buat Daniel, apabila beliau turut menerima Anugerah Ikon Perfume Paradise Grand Finale, sebagai pengiktirafan atas persembahan paling menonjol pada malam tersebut.

Dalam konsert akhir yang penuh sengit dan emosi, Ariel tampil memukau penonton dengan persembahannya menerusi lagu I Don’t Wanna Miss A Thing, nyanyian asal kumpulan rock legenda, Aerosmith.

BACA JUGA:  4U2C buat \'comeback\', konsert baru lepas 30 tahun
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...