Lawatan mengejut Ketua Pengarah AKPS ke CIQ BSI Johor Bahru

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, telah mengadakan lawatan mengejut ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, pagi tadi.

Kehadiran mengejut beliau disedari oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, yang kebetulan sedang menjalankan pemantauan rutin di lokasi tersebut.

“Pagi ini, saya terserempak dengan Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain semasa pemantauan rutin saya ke CIQ Bangunan Sultan Iskandar. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah AKPS yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamad Fazli, lawatan itu memberi gambaran bahawa pihak AKPS serius dalam memahami serta menangani isu kesesakan trafik yang sering berlaku di CIQ BSI.

“Terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi turun padang melihat sendiri operasi dan pengurusan penyuraian trafik di sini,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pelantikan Mohd. Shuhaily akan memberi impak positif dalam memperbaiki sistem pengurusan sempadan negara.

“BSI bukan sahaja penting bagi negeri Johor, tetapi juga menjadi cerminan kepada keberkesanan sistem sempadan negara. Kerajaan negeri komited untuk bekerjasama rapat dengan AKPS dalam memperkasa pengurusan sempadan agar lebih efisien, mesra pengguna dan memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan perubahan,” jelasnya lagi.

Mohamad Fazli turut menzahirkan keyakinan bahawa Mohd. Shuhaily mampu membawa nafas baharu serta solusi mampan bagi menangani pelbagai isu di lapangan, terutama berkaitan pengurusan aliran trafik dan keselamatan sempadan negara.

BACA JUGA:  Ribut petir dijangka landa 13 negeri sehingga 7 malam – MetMalaysia
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...