Isnin | 12/10/2026 | 9:00:40 am
HomeSemasaAirbag terbuka halang pandangan, punca nahas empat kenderaan

Airbag terbuka halang pandangan, punca nahas empat kenderaan

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan selepas beg udara (airbag) terbuka secara tiba-tiba sehingga menghalang pandangan pemandunya, menyebabkan kemalangan melibatkan empat kenderaan di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) arah Seri Kembangan, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 petang sebelum rakaman insiden berkenaan tular di media sosial.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 petang ketika pemandu sebuah kereta jenis Toyota Mark X, seorang lelaki berusia 33 tahun, sedang memandu ke arah Seri Kembangan sambil menggunakan aplikasi navigasi.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|