PM Anwar seru pemimpin dunia hentikan pembunuhan di Gaza

KONGSI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin dunia agar bertindak segera menghentikan penderitaan yang sedang berlaku di Gaza, yang disifatkan sebagai ujian terhadap nilai kemanusiaan sejagat.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi beliau, Anwar menyatakan bahawa pembunuhan kejam ke atas keluarga-keluarga Palestin, termasuk kanak-kanak dan bayi, serta kebuluran yang melanda penduduk di sana merupakan satu pelanggaran terhadap maruah dan nilai asas kemanusiaan.

“Tragedi yang berlaku di Gaza adalah ujian kepada nilai kemanusiaan kita bersama. Seluruh keluarga dibunuh. Kanak-kanak malah bayi terbunuh. Yang lain pula sedang menderita kelaparan. Penghinaan terhadap nyawa dan maruah manusia ini mesti dihentikan,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN