Gaya Hidup

WUG Rhine-Ruhr 2025: Azeem cipta sejarah, selangkah mara ke ‘final’ 100m

KONGSIFacebookWhatsApp

RHINE-RUHR, JERMAN – Bintang pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi kini tinggal selangkah untuk mencipta sejarah sebagai pelari Malaysia pertama mara ke pentas akhir acara 100 meter (m) lelaki pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025.

Dalam aksi saringan yang berlangsung awal pagi tadi di Lohrheidestadion, Azeem, 21, menepati ramalan apabila menjuarai saringan ketujuh dengan catatan masa 10.57 saat (s) meskipun berdepan cuaca hujan dan angin kuat.

Pelari kelahiran Teluk Intan, Perak itu menewaskan dua pencabar terdekatnya, Joeljin Nwamadi dari Korea Selatan (10.61s) dan pelari Kanada, Nikolas Dowhos (10.72s), sekali gus menempah slot ke separuh akhir acara riben biru berprestij itu.

ARTIKEL BERKAITAN