PTSB sambut 803 pelajar baharu, Minggu Transformasi Siswa jadi landasan pembentukan sahsiah

KONGSI

KULIM – Suasana penuh semangat dan harapan menyelubungi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) apabila seramai 803 pelajar baharu rasmi melangkah masuk ke institusi ini menerusi penganjuran Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi 1 2025/2026 yang berlangsung dengan jayanya.

Program orientasi itu bukan sekadar medan pengenalan kepada kehidupan kampus, malah menjadi platform penting membentuk nilai murni, jati diri serta kesiapsiagaan pelajar dalam mendepani cabaran dunia pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang kian mencabar.

Pengarah PTSB, Norlili Juwita Arshad dalam ucapannya, menekankan kepentingan pelajar memulakan langkah dengan niat yang betul serta membudayakan adab sebagai asas kejayaan dalam pengajian dan kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN