#InilahKita kembali dengan semangat ‘Sehati Bersama’ raikan bulan kebangsaan

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Astro sekali lagi melancarkan kempen ikoniknya, #InilahKita, kali ini dengan tema baharu ‘Sehati Bersama’ yang menekankan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Thai Kam Leong, berkata bahawa tema tahun ini bertujuan membangkitkan kembali nilai-nilai murni yang menyatukan rakyat, terutama dalam era digital masa kini yang semakin dominan.

“Kempen ini adalah percubaan untuk menggambarkan apa sebenarnya maksud perpaduan dan semangat bersama. Kita hidup dalam masyarakat yang banyak berinteraksi melalui skrin dan media sosial, dan kadang-kadang kita terlupa bagaimana rasanya berhubung secara nyata dan menjalani pengalaman bersama yang mampu menyatukan kita,” ujarnya.

Menurutnya, pelbagai kandungan menarik bakal disajikan sepanjang kempen, termasuk tiga video cerita baharu, lagu-lagu patriotik, serta acara fizikal berskala besar seperti Jelajah Kita FM, InilahKita Showcase, dan Kita Run yang mengajak rakyat turun padang menyemarakkan semangat patriotik.

Antara acara kemuncak ialah Pameran InilahKita yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur, menampilkan barisan artis popular tanah air yang akan beraksi secara langsung dan bertemu peminat.

Turut diumumkan, Bas Kita FM akan menjelajah ke seluruh negara bermula 1 September hingga sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang, membawa selebriti dan bakat Astro untuk bersiaran secara langsung bersama peminat buat kali pertama.

Selain itu, Astro turut memperkenalkan saluran khas KITA Channel yang bakal menayangkan lebih 50 program baharu serta ratusan kandungan istimewa yang dikurasi khas sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Kami ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta dalam pelbagai program ini, sebagai simbol penyatuan dan kebanggaan bersama sebagai rakyat Malaysia,” kata Thai Kam Leong.

Dengan gabungan hiburan, interaksi masyarakat dan kandungan patriotik, kempen #InilahKita ‘Sehati Bersama’dijangka menjadi salah satu inisiatif perpaduan terbesar sempena bulan kebangsaan tahun ini.

BACA JUGA:  FSM 2025: POLISAS cipta kejayaan berganda, bukti kehebatan TVET
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...